PENGUATKUASAAN PELITUP MUKA BUKAN PERUBATAN DITANGGUH HINGGA 1 JANUARI 2023

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mewartakan pelitup muka bukan perubatan (non-medical) dalam Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan), di bawah pindaan Akta Perihal Dagangan 2011 berkuat kuasa 4 April 2022 lalu.

Walau bagaimanapun, Menteri Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa pihaknya  telah membuat keputusan untuk mengangguhkan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. tersebut yang dijadualkan bermula 4 Julai 2022 kepada 1 Januari 2023 selepas mengambil kira pandangan umum.

Sumber : Laman Rasmi KPDNHEP dan Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …