JIM: PROGRAM REKALIBRASI PULANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pendatang Asing Tanpa Izin)

Program Rekalibrasi Pulang merupakan suatu inisiatif oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah melakukan kesalahan tinggal lebih masa, berada di Malaysia tanpa pas yang sah untuk balik ke negara asal secara sukarela. Syarat untuk menyertai Program Rekalibrasi Pulang ialah memiliki dokumen perjalanan sah yang diluluskan kedutaan masing-masing dan memiliki tiket penerbangan atau feri untuk pulang ke negara asal.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ingin mengingatkan kepada semua PATI untuk mengambil peluang ini dengan segera dan tidak menunggu sehingga saat akhir serta tidak menggunakan khidmat orang tengah atau ejen bagi urusan Rekalibrasi Pulang (RP).

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …