WAKTU OPERASI TERKINI PUSAT PERKHIDMATAN DARAH HTJ SEREMBAN SEPANJANG BULAN RAMADAN

Umat Islam sudah sepuluh hari berpuasa tetapi jumlah penderma darah yang menderma di Pusat Derma Darah HTJS masih lagi di tahap yang kurang memberangsangkan dibandingkan dengan jumlah penggunaan pek darah bagi menyelamatkan nyawa tidak pernah terhenti.

Kami memohon agar anda, tuan puan, wira dan wirawati untuk dapat datang beramai-ramai untuk menderma darah. Tidak lama masa yang diambil untuk menderma tetapi dengan satu pek darah yang anda dermakan akan dapat menyelamatkan tiga nyawa pesakit yang memerlukan.

Pusat Derma Darah kami dibuka seperti biasa sepanjang bulan Ramadan dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang dengan masa rehat telah dipendekkan.

Bagi penderma yang berpuasa, anda perlu makan makanan berat semasa sahur dan melewatkan sahur anda. Anda juga diminta datang ke centre untuk menderma sebelum pukul 9.00 pagi.

Mulai hari ini sehingga 29 April 2022, Pusat Derma Darah HTJS mengadakan kempen istimewa bersempena bulan Ramadan. Setiap penderma yang ke-10, 20 dan 30 yang berjaya menderma darah akan menerima cenderahati istimewa daripada kami.

Sumber : FB Negeriblood Donors

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …