8 LOKASI TUMPUAN OPS PANTAU 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meneruskan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan barangan sepanjang bulan Ramadan dan Aidil Fitri tahun ini melalui OPS PANTAU 2022 sejak 3 April 2022 lalu.

OPS PANTAU 2022 yang dilaksanakan melibatkan bekalan barangan, harga barang, jualan murah, penjualan barang tiruan, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) jualan dalam talian dan pematuhan SOP di lapan (8) lokasi tumpuan orang ramai seperti berikut:

  • Bazar Ramadan
  • Pasar Awam
  • Hypermarket
  • Mini Market
  • Bazar Aidil Fitri
  • Pasar Basah
  • Supermarket
  • Kedai Runcit

Objektif utama OPS PANTAU 2022 adalah untuk memastikan para peniaga sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuat kuasa bagi menjamin kepentingan ekonomi semua pihak.

Sumber : Laman Rasmi KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …