ORANG AWAM JANGAN PANIK!

KPDNHEP – Penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan ditangguhkan sehingga 1 JANUARI 2023. Orang awam yang memakai pelitup muka bukan perubatan tanpa perakuan SIRIM tidak akan diambil tindakan undang-undang. Tindakan penguatkuasaan hanya terhadap pengilang / pengimport pelitup muka bukan perubatan yang tidak mendapatkan perakuan SIRIM. Individu yang boleh dikenakan tindakan bukanlah individu pengguna / pemakai pelitup muka tetapi ianya merujuk kepada individu yang mengilang dan mengimport pelitup muka bukan perubatan tanpa perakuan SIRIM.

SUMBER: KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …