JKMPP BANTU LANCARKAN FUNGSI PBT

 

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif menubuhkan Jawatankuasa Kawal Selia Merancang dan Menyelaras Aktiviti-Aktiviti Pemajuan Projek Pembangunan (JKMPPP) Negeri Kelantan pada 29 Jun 2019 yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Kaya Setia Nazran Muhammad, bertujuan untuk melancarkan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) demi memastikan segala projek pembangunan mematuhi aspek pembangunan yang telah digariskan.
Pihak PBT dapat menggunakan wang caruman tersebut untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat dari aspek penambahbaikan infrastruktur dan sebagainya.
Sebagai rekod, penyampaian bayaran ISF Fasa 1 bagi projek-projek yang diperakui JKMPP Negeri Kelantan telah disempurnakan pada 24 Mac lalu melibatkan pembayaran RM3,976,593.06 kepada semua PBT di Kelantan melibatkan 50 peratus (RM2,153,628.30) daripada baki ISF bagi tahun 2020 dan 80 peratus (RM1,822,964.76) bagi pemberian tahun 2021.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …