PERJUMPAAN KPD BRICKFIELDS BERSAMA PIHAK PENGANJUR BAZAR RAMADHAN DAERAH BRICKFIELDS

KUALA LUMPUR, 11 April 2022 – YDH ACP Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields telah mengadakan perjumpaan bersama pihak penganjur Bazar Ramadhan Daerah Brickfields di Dewan Latihan Utama, Tingkat 7, IPD Brickfields.
Turut sama hadir, DSP Seah Chong Seng, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Daerah, ASP Mohd Dzaiful Azrin bin Yahya, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Ketua-ketua Bahagian/Cawangan, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis serta 9 orang penganjur Bazar Ramadhan Daerah Brickfields.
Objektif utama perjumpaan bertujuan untuk mengingatkan pihak penganjur untuk meningkatkan tahap penguatkuasaan SOP terhadap para peniaga dan pengunjung antaranya mengenai penjagaan kebersihan dan proses sanitasi secara berkala di dalam bazar.
Turut diterangkan mengenai Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) serta tindakan yang boleh diambil kepada penganjur, peniaga dan pengunjung jika mengingkari peraturan sediaada. Ini adalah untuk membantu para peniaga dan memudahkan para pembeli untuk membeli juadah berbuka.
Perjumpaan ini mendapat maklumbalas yang baik daripada penganjur Bazar Ramadhan Daerah Brickfields yang hadir dan berjanji akan mempertingkatkan penguatkuasaan SOP PPN Fasa 4 dan Fasa Endemik.
Sumber: FB Polis Brickfields https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …