PARADIGMA POSITIF: BERDAYA TINDAK DENGAN STRESS KEHIDUPAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda)

Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Jika diberi fokus kepada stres kehidupan, ia adalah situasi yang pasti dihadapi oleh setiap manusia.

Namun yang demikia, cara kita memilih untuk berhadapan dan bertindak balas terhadap stres tersebut akan mencorak keperibadian serta kehidupan seharian kita. Hal ini adalah seiring dengan definisi kesihatan mental yang dapat ditafsirkan seperti berikut:

  • Cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak;
  • Cara kita menghadapi masalah dan mengatasinya; dan
  • Cara kita berinteraksi dengan orang lain.

Justeru itu, jika anda atau rakan anda menghadapi kesukaran dalam menghadapi stres kehidupan sehingga memberi kesan terhadapa kesihatan mental, langkah-langkah berikut dapat diambil bagi membantu diri anda atau rakan anda:

  • Berkongsi kebimbangan dan masalah dengan orang lain.Anda mungkin merasa lega selepas berkongsi masalah;
  • Imbangi keperluan kehidupan anda dengan halangan akibat stress. Ketahuilah tahap kemampuan anda.;
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Hilang selera makan akibat kemurungan boleh merumitkan kesihatan mental;
  • Melakukan senaman sebagai aktiviti harian; dan
  • Amalkan pengambilan ubat-ubatan mengikut nasihat

 

Sumber:

Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut