Kempen Keluarga Malaysia, Fasa Pematuhan Endemik bersama Komuniti Keluarga Malaysia

KUALA TERENGGANU, 11 APRIL 2022 – Penganjuran program `Info On Wheels’ (IOW) : Kempen Keluarga Malaysia, Fasa Pematuhan Endemik bersama Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu telah diadakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu (PPDKT)  pada 10 April 2022.
Program ini memberikan penekanan mengenai konsep Keluarga Malaysia dan peranan komuniti kampung dalam memastikan setiap penduduk mematuhi SOP serta Garis Panduan Fasa Peralihan ke Endemik yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sempena program itu, turut diagihkan beberapa risalah Aspirasi Keluarga Malaysia kepada jemaah Masjid Kampung Pulau Rusa selain mengagihkan juadah berbuka kepada penduduk sekitar masjid itu dengan membawa kelainan iaitu mengagihkan juadah berbuka puasa dengan menjunjung makanan itu di atas dulang dan dibawa oleh kaum wanita.
Katanya bagi memeriahkan suasana Ramadan, beliau dan pengurusan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Pulau Rusa bersetuju mengagihkan juadah berbuka puasa kepada penduduk sekitar masjid dengan menjunjung dulang dan bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain.
Turut hadir pada program itu ialah Penghulu Mukim Paloh/Losong, Encik Mazlan Ismail ; Pengerusi JPKK Kampung Pulau Rusa, Encik Ismail Ahmad dan Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Pulau Rusa, Wan Mohd Nasir Wan Ngah.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …