OPERASI PANTAU KE ATAS PREMIS AKSESORI KERETA DI NILAI, NEGERI SEMBILAN

NILAI: Pada 07.04.2022 (Khamis), seramai 6 anggota penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan telah menjalankan operasi ke atas sebuah premis membekalkan aksesori kenderaan di Taman Desa Cempaka kerana membekalkan aksesori kenderaan iaitu speaker dan subwoofer yang disyaki menyalahgunakan satu cap dagang berdaftar yang terkenal. Tindakan ini adalah hasil dari pemantauan dan kerjasama yang dibuat oleh pihak KPDNHEP Negeri Sembilan dan pihak pengadu bagi cap dagang berkenaan.

Pemeriksaan lanjut telah menemui sebanyak 334 unit barangan seperti speaker & subwoofer bagi satu jenama yang disyaki adalah tiruan dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 32,410.00 Kesemua barangan berkenaan disita di bawah Seksyen 102 (1) Akta Cap Dagangan 2019 bagi tujuan siasatan lanjut.

KPDNHEP Negeri Sembilan akan terus mengambil tindakan yang tegas ke atas peniaga-peniaga yang didapati menjual barangan tiruan dari semasa ke semasa. Para pengguna juga adalah dinasihati untuk lebih berhati-hati ketika membuat pembelian bagi mengelakkan tertipu membeli barangan yang tiruan menggunakan jenama yang terkenal.

 

Sumber : FB KPDNHEP Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut