PROGRAM SINGGAH SAHUR MAIWP LABUAN

WP LABUAN – MAIWP Labuan telah mengadakan kunjungan Singgah Sahur pada jam 3:30 pagi, Ahad. Kegembiraan jelas terukir di wajah pasangan suami isteri dan anak-anak mereka apabila menerima ziarah daripada MAIWP.
Menghidap anxiety dan serangan panik bukan sesuatu yang dipinta. Encik Riz Fahror Radzi 35 tahun, ayah kepada 3 orang anak ini menetap di Kampung Patau- Patau 1 bersama isterinya kini hanya bekerja sebagai tukang sambilan dan bergantung kepada permintaan. Isterinya, Puan Shamsiah Shamsudin 37 tahun, membuat kuih Karipap setiap hari untuk dihantar dan dijual di gerai jirannya.
Ustaz Md Fadzli Md Saad berkesempatan mengetuai ziarah kali ini menyingkap suka duka kehidupan Encik Riz sekeluarga. Turut hadir, Timbalan Pengurus Operasi MAIWP, Ustaz Mohd Radzaleih Matusin dan Timbalan Pengurus Pengurusan MAIWP, Encik Mohamad Ruzaimi Ibrahim.
SUMBER: MAIWP LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …