TUJUH LOLOS DARI PENJARA JELEBU, SEORANG SUDAH DITAHAN, ENAM DIBURU

Seorang dari tujuh tahanan di Penjara Jelebu, Negeri Sembilan yang lolos dalam tahanan telah berjaya ditahan manakala enam lagi masih diburu.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata Sohaimi Khalid, 50, berjaya ditahan semula di kawasan kebun kelapa sawit di Kongkoi kira-kira dua kilometer dari Penjara Jelebu pada pukul 7.00 malam semalam.

Dalam kenyataan disini malam ini beliau berkata bantuan unit anjing pengesan dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Jabatan Penjara turut digerakkann bagi mengesan kesemua mereka.

Menurutnya selain siasatan berkaitan tindakan suspek melarikan diri, siasatan juga berkisar kepada kemungkinan berlaku kecuaian sehingga menyebabkan orang tahanan meloloskan diri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menelefon Ibu Pejabat Polis daerah Jelebu di talian 06-613 6222 atau Bilik Gerakan IPD Jelebu di talian 06-613 7999.

Petikan berita : BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …