LATIHAN ANTI RUSUHAN, MKN SABAH

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah telah berjaya melaksanakan Latihan Anti Rusuhan selama 2 hari bermula pada 10 hingga 11 Oktober 2019 di PTS Kota Kinabalu. Latihan ini dilaksanakan dengan kerjasama jurulatih PDRM dari IPD Luyang yang diketuai oleh SI Abdul Samad bin Hj Sumardi.

Latihan Anti Rusuhan ini dapat memberi ilmu yang berguna, keyakinan diri & meningkatkan ketahanan mental dan fizikal kepada anggota pengawal keselamatan (PK) di PTS bagi mengawal keadaan sekiranya berlaku situasi yang tidak diingini di pusat tahanan sebelum bantuan dari PDRM tiba.

Latihan ini juga turut dilaksanakan di PTS Papar pada tarikh yang sama. Manakala latihan di PTS Sibuga dan PTS Tawau telah dilaksanakan pada 18 – 19 September 2019.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …