KEUTUHAN EKONOMI: PERLAKSANAAN KARNIVAL USAHAWAN TERENGGANU (KUAT) 2022

KUALA TERENGGANU, 10 APRIL 2022 (AHAD) – Sorotan mengenai majlis perlancaran dua  program Kerajaan Negeri Terengganu pada Mac lalu iaitu Karnival Usahawan Terengganu (KUAT) 2022 dan Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat, Jamin Kerja @ Gerbang Kerjaya. Ianya adalah bertujuan untuk memberikan peluang pekerjaan kepad arakyat Terengganu dalam usaha meningkatkan ekonomi rakyat serta memastikan keutuhan ekonomi penduduk, negeri dan seterusnya negara.

Selaras dengan Nilai Teras Kelima di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, iaitu berkaitan keutuhan ekonomi, program seumpana ini dilihat dapat menyelesaikan isu pengangguran yang sentiasa dalam perhatian Kerajaan Negeri dan pelaksanaan Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Negeri Terengganu merupakan usaha yang baik dan perlu diperhebatkan lagi agar semua golongan yang masih menganggur dapat ditawarkan dengan peluang-peluang pekerjaan yang disediakan.
Dalam perasmian majlis tersebut oleh YAB Menteri Besar Terengganu, beliau turut menyatakan bahawa dalam Belanjawan 2022 lalu, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta di bawah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) bagi membantu merancakkan lagi sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui akses kepada kemudahan geran dan pembiayaan di Negeri Terengganu seterusnya memberi impak yang baik kepada ekonomi rakyat Terengganu.
#MKNTerengganu
#DasarKeselamatanNegara
#KeutuhanEkonomi
#KesejahteraanRakyat

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …