Quran.com TANGANI “BUTA” AL-QURAN ORANG DEWASA

 

KOTA BHARU – Pusat Pengajian Quran.Com tekad membantu masyarakat di negeri ini menangani masalah ‘buta’ al-Quran dalam kalangan orang dewasa menerusi modul yang telah dirangka.

 

Sepanjang tiga tahun beroperasi seramai 160 orang golongan dewasa berusia 30 tahun ke atas telah mengikuti pengajian di sini.

Pusat Pengajian Quran.Com memerlukan sumbangan dana bagi mengembangkan lagi usaha membantu lebih ramai pelajar mendalami al-Quran.

Beliau berkata, disebabkan pertambahan pelajar, pusat pengajian berkenaan sudah tidak dapat menampung jumlah yang ramai itu.

Salah seorang pelajar ada menawarkan banglo miliknya untuk dijadikan pusat pengajian baharu dan ia dijangka menelan kos pembelian sebanyak RM200,000.

Nik Mohd Kazim berkata, disebabkan pengajiannya berdasarkan sedekah daripada pelajar dan bukan berbentuk bayaran, beliau tidak mempunyai dana yang cukup untuk membeli banglo tersebut.

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …