MASJID IKTIKAF IBADUL RAHMAN INSPIRASI ISTANA BALAI BESAR

 

TUMPAT – Minat mendalam terhadap seni bina kayu mendorong Mohd Arpi Arifin, 45, mendirikan sebuah masjid di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, di sini yang mengangkat keindahan serta keunikan seni bina Istana Balai Besar dan rumah Melayu Kelantan.

Pengalaman berkhidmat di Istana Balai Besar selama lima tahun telah memberi inspirasi kepada beliau untuk membina masjid kayu bercirikan seni bina asli negeri Cik Siti Wan Kembang untuk kegunaan masyarakat setempat.

Mengenai pembinaan masjid tersebut, Mohd Arpi berkata, beliau telah mendapatkan khidmat seorang tukang kayu tempatan untuk merealisasikan pembinaan masjid impiannya yang berjaya disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Masjid yang mula beroperasi awal tahun ini dibina menggunakan 80 peratus kayu jenis seraya kitam dan seraya merah, manakala 20 peratus lagi kayu cengal dan merbau yang diperoleh daripada pembekal di Kelantan dan Terengganu.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …