RCEP DAN RUNDINGAN MENAIK TARAF FTA ASEAN-AUSTRALIA-NEW ZEALAND

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Kerjasama Bilateral / Mutilateral)

Pada 7 April 2022, Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan New Zealand telah membincangkan pelaksanaan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dan rundingan menaik taraf Free Trade Agreement (FTA) ASEAN-Australia-New Zealand, yang penting bagi usaha pemulihan ekonomi komprehensif pasca pandemik.

Perbincangan yang dilaksanakan menerusi 29th ASEAN-New Zealand Dialogue ini telah berlangsung secara atas talian, Malaysia turut mengetuai perbincangan mengenai kerjasama keselamatan tradisional & bukan tradisional. Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram, Ketua Setiausaha telah menekankan kepentingan kerjasama dalam memerangi keganasan & ekstremisme ganas, serta kerjasama dalam menangani ancaman keselamatan siber yang semakin meningkat. ASEAN dan New Zealand juga menyorot kemajuan yang dicapai dalam hubungan dialog, di bawah Pelan Tindakan Bagi Pelaksanaan Perkongsian Strategik ASEAN-New Zealand (2021-2025).

Sumber:

Laman Facebook Wisma Putra

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …