KUNJUNGAN HORMAT KPDNHEP WP LABUAN DAN JKM LABUAN KE PERBADANAN LABUAN

WP LABUAN – Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PL menanggung kerja Ketua Pegawai Eksekutif PL pada hari ini telah menerima dua kunjungan hormat iaitu daripada KPDNHEP WP Labuan dan JKM Labuan yang berlangsung pada jam 8.30 pagi dan 9.30 pagi di Wisma PL.
Kunjungan hormat daripada KPDNHEP WP Labuan telah diketuai oleh Puan Junaidah binti Arbain, Pengarah KPDNHEP WP Labuan bagi melaporkan status kedudukan bekalan bahan mentah untuk persediaan musim perayaan di Labuan dan program KPDNHEP yang terbaharu iaitu Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (REDI), sebuah insiatif pendigitilan (e-wallet) yang turut akan diperluaskan di Labuan.
Manakala kunjungan hormat daripada JKM Labuan pula diketuai oleh Encik Ansharey bin Matarsad, Pengarah JKM Labuan yang bertujuan untuk berbincang dan memberi penerangan lebih lanjut berkenaan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas di WP Labuan.
Sumber: PERBADANAN LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …