32 TERIMA SUMBANGAN SEMPENA HARI OKU DUN MENGKEBANG

 

MENGKEBANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, YB Muhamad Mat Sulaiman menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) DUN Mengkebang 2022 dan Penyampaian Skim Ma’aruf di Pusat Khidmat DUN (PKD) Mengkebang, baru-baru ini.
Sempena majlis tersebut, 32 orang menerima sumbangan yang disampaikan oleh YB Muhamad.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKeKWa) atas sumbangan yang disalurkan kepada DUN Mengkebang.
Turut hadir, wakil daripada Parlimen Kuala Krai, Ketua Halwa DUN Mengkebang dan Penghulu-penghulu Mukim DUN Mengkebang.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …