PENTAULIAHAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) SIRI 1/2022

   

BBP Nilai , 6 April 2022

YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali , Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) pada petang semalam.

Seramai 27 orang PBB telah ditauliahkan setelah lengkap menghadiri Kursus Pentauliahan dengan jayanya selama 10 hari bermula 28 Mac 2022.

Kesemua PBB ini akan bertugas di BBP Rantau,BBP Seri Menanti, BBP Simpang Pertang, BBP Ampangan,BBP Kota, BBP Bahau, BBP Tampin, BBP Teluk Kemang, BBP Gemencheh.

Hadir sama ialah PgKB I Abd Rahman bin Ali, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan, PgKB I Ahmad Adli bin Abdul Rahman Ketua Cawangan Pengurusan Bomba Sukarela dan Bomba Bantuan Bahagian Operasi dan serta penolong pengarah bahagian negeri.

    

Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …