YOUTUBER DAN TIGA RAKAN DITAHAN BAGI MEMBANTU SIASATAN KES BUNUH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

Polis Diraja Pulau Pinang telah berjaya  menahan seorang Youtuber dan tiga rakannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian teman wanita Youtuber itu, cedera parah dipukul sebelum meninggal dunia, dalam kejadian yan berlaku di Teluk Kumbar pada 2 April 2022 (Sabtu) lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun itu telah ditahan sekitar kawasan Teluk Kumbar bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.

Menurut beliau lagi, sebelum ini pihak polis telah menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau (HBP), pada malam Sabtu lalu memaklumkan seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal. Pemeriksaan lanjut mendapati kesan lebam di kepala dan seluruh tubuh mangsa sebelum wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya kritikal.

Mangsa yang juga seorang Youtuber meninggal dunia pada 3 April  2022 (Ahad) ketika menerima rawatan di HPP dan susulan itu polis menahan empat lelaki berkenaan bagi membantu siasatan. Empat lelaki itu direman sehingga 11 April 2022 bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh.

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …