KERAJAAN RUNDING PENGIKTIRAFAN SIJIL VAKSINASI MySejahtera DENGAN NEGARA BESAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Komitmen Antarabangsa)

Kerajaan kini dalam rundingan dengan bebearapa negara besar dunia dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan sijil vaksinasi MySejahtera. Perkara ini adalah susulan daripada pengiktirafanyang diberikan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada 1 April lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin keputusan Suruhanjaya Eropah mengiktiraf sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 banyak membantu rakyat Malaysia menangani masalah ketika melakukan perjalanan. System MySejahtera tersebut juga dilihat bersesuaian bukan sahaja dengan EU dan negara lain malah diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehubungan dengan itu, Kerajaan mengambil langkah mengadakan rundingan dengan semua negara besar, destinasi pelancongan serta pelaburan supaya sijil vaksinasi melalui MySejahtera diiktiraf di negara-negara tersebut.

Sumber:

Berita Harian, Bernama

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …