KWP PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA BANTU MASJID, ASNAF

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memperuntukkan bantuan wang tunai berjumlah RM519,500 kepada 824 masjid, surau dan surau Jumaat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan bagi mengimarah suasana sepanjang Ramadan menerusi Program Nur Ramadan.

Menterinya Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata kementerian itu turut memperuntuk bantuan wang tunai berjumlah RM500,000 kepada 2,500 penerima golongan asnaf terdiri daripada anak yatim, warga emas, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) serta mereka yang kurang berkemampuan.

“Program Nur Ramadan adalah antara program tahunan KWP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menyantuni golongan memerlukan, di samping memupuk nilai kasih sayang dan prihatin dalam kalangan komuniti Wilayah Persekutuan,” katanya pada program tersebut di Masjid Al-Firdaus Segambut Luar semalam.

Pada majlis itu, 145 asnaf daripada 1,600 penerima di Kuala Lumpur menerima sumbangan wang tunai RM200 setiap seorang, selain sumbangan periuk nasi, beras dan kurma bernilai RM183,425.

Shahidan berkata, KWP turut menyumbang RM3,000 kepada 13 maahad tahfiz terpilih di 13 Parlimen Wilayah Persekutuan bagi menghidupkan suasana Ramadan.

Program Nur Ramadan dilaksanakan secara kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Wilayah Persekutuan, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) dan McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia juga menaja makanan moreh kepada kira-kira 8,500 orang sepanjang penganjuran program kali ini.

– BERNAMA –

#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …