MEDIA SOSIAL, APA TANGGUNGJAWAB KITA?

TERENGGANU, 4 APRIL 2022 –  Satu sesi program Influencer@JaPen Edisi Khas Siri 4 yang bertajuk Media Sosial, Apa Tanggungjawab Kita? telah menjemput seorang panel dari Majlis Keselamatan Negara, En. Hafiz bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Gerak Saraf Perang Saraf, hari ini pada pukul 10.00 pagi.

Program Influencer@JaPen merupakan salah satu platform Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk menyampaikan maklumat terus ke segenap lapisan masyarakat. Tambahan pula, perlaksanaan program ini dilihat sebagai platform terbaik untuk menyampaikan mesej kerajaan kepada masyarakat secara lebih meluas tatkala negara sedang dilanda pandemik koronavirus (Covid-19).

Pada sesi kali ini, En. Hafiz bin Abdul Rahim telah membicarakan mengenai peranan masyarakat dalam penggunaan media sosial terutamanya dari aspek penyebaran maklumat yang sahih kepada orang ramai dalam mencapai aspirasi sebuah Keluarga Malaysia.

Antara peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pengguna media sosial adalah penyebarkan maklumat yang sahih dan benar, tidak membuat provokasi yang boleh mencetuskan perpecahan kaum, tidak melakukan aktiviti penipuan siber dan banyak lagi.

Oleh itu, sebagai pengguna media sosial, masyarakat perlu peka akan setiap perkongsian yang dilakukan dan turut menekankan aspek keselamatan siber dalam kehidupan seharian selaras dengan DKN 2021-2025 yang menitikberatkan mengenai Keselamatan Siber dan Teknologi.

Ikuti Live tersebut di pautan berikut:

https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=1340589526461797

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …