24 PATI WARGA MYANMAR DITAHAN KETIKA SEMBUNYI RUMAH TRANSIT

 

KOTA BHARU – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 22 lelaki dan dua wanita warganegara Myanmar yang sedang nyenyak tidur ketika disembunyikan di sebuah rumah yang dijadikan sebagai transit penyeludupan migran di Bunut Payung di sini awal pagi tadi. Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Briged Tenggara dan Batalion 9 PGA pada jam 2.15 pagi.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam premis tersebut, pihak polis menjumpai 22 lelaki warganegara Myanmar berusia antara 18 tahun hingga 41 tahun. Mereka dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu melalui pangkalan haram di sempadan negara Malaysia-Thailand.

Hasil siasatan awal, kesemua individu ini dikenakan bayaran sebanyak RM4,000 oleh ejen yang menguruskan perjalanan mereka dari negara Myanmar hingga ke Malaysia dan dipercayai akan dibawa ke Pulau Pinang bagi pekerjaan yang belum pasti.

 

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut