OP SAMSENG JALANAN ; IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Barat Daya, 4 April 2022 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Barat Daya telah mengadakan satu OP Samseng Jalanan yang bermula kira-kira jam 11 malam sehingga 7.00 pagi pada 2 April 2022 (Sabtu). Operasi ini diketuai seorang Pegawai dan enam (6) anggota di Kawasan Bayan Baru- Lebuhraya Tun Dr Lim Cheung Eu.

Dalam operasi yang mengambil masa selama 6 jam ini, dua lelaki berusia 20-an telah ditahan manakala 2 buah motosikal disita dibawah SEK 42 APJ 1987 kerana telah berlumba dan melakukan aksi menunggang secara berbahaya. Pihak polis turut mengeluarkan lapan (8) saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi berkenaan

Polis Barat Daya akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada hujung minggu bagi mengekang aktiviti samseng jalanan ini.

Sumber:

Lama Facebook Ibu Pejabat Polis Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …