UBAHSUAI TANGKI KENDERAAN SEORANG LELAKI TEMPATAN DITAHAN BERSAMA 60 LITER MINYAK PETROL DISYAKI CUBAAN DISELUDUP BERJAYA DIPATAHKAN

 

TUMPAT : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 9 disini semalam.
Serahan melibatkan anggaran sejumlah minyak petrol anggaran kuantiti 60 liter disyaki dalam cubaan untuk diseludup ke negara jiran bersama sebuah kenderaan tangki ubahsuai berpendaftaran Malaysia dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 123.00.
Turut ditahan pemandu kenderaan tersebut, seorang lelaki melayu berumur 30an merupakan warganegara tempatan dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan tersebut adalah sebanyak RM 5, 123.00.
Kes dihasilkan melalui perkongsian maklumat risikan antara kerjasama bersepadu KPDNHEP bersama PGA Batalion 9 semasa sekatan jalan raya di Pos Pulau Ular Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan dan seterusnya siasatan lanjut dijalankan serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa.
Pengguna boleh menyalurkan aduan sekiranya mengesyaki aktiviti yang mencurigakan dan tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan diambil.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut