SEORANG LELAKI TEMPATAN DITAHAN BERSAMA ANGGARAN 300 LITER MINYAK PETROL DISYAKI CUBAAN DISELUDUP BERJAYA DIPATAHKAN

 

TUMPAT : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu KPDNHEP bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 9 disini semalam.
Kes dihasilkan berdasarkan maklumat risikan sebuah kenderaan yang mencurigakan dikesan semasa pemantauan membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dijalankan sekitar sempadan dan berjaya menghasilkan kes dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Tindakan dihasilkan anggaran sejumlah 4 tong jerikin minyak petrol anggaran kuantiti 300 liter disyaki dalam cubaan untuk diseludup ke negara jiran bersama sebuah kenderaan yang telah diubahsuai tangki kenderaan tersebut dan berpendaftaran Malaysia dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 615.00
Turut ditahan pemandu kenderaan tersebut, seorang lelaki melayu berumur 40an merupakan warganegara tempatan dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan tersebut adalah sebanyak RM 4, 615.00.
Kes dihasilkan melalui perkongsian maklumat risikan antara kerjasama bersepadu KPDNHEP bersama PGA Batalion 9 semasa sekatan jalan raya di Kg.Telaga Bata, Tumpat Kelantan dan seterusnya siasatan lanjut dijalankan serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa.
Pengguna boleh menyalurkan aduan sekiranya mengesyaki aktiviti yang mencurigakan dan tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan diambil.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …