TIPU TAWARAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN, IPD TL BAGI PERINGATAN AWAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menerusi Facebook Rasmi telah memberi peringatan kepada masyarakat berkaitan sindiket tipu tawaran perkhidmatan pembersihan yang telah dikesan telah berlaku.

Antara modus operandi sindiket ini ialah:

• Mangsa melihat iklan perkhidmatan pembersihan (cleaning service) dalam aplikasi Facebook, Instagram dan lain-lain platform.
• Arahan diberikan untuk tekan pada link yang diberikan dan kemudian berhubung dengan saspek melalui whatsapp.
• Saspek mengenakan caj perkhidmatan pembersihan dan mengarahkan mangsa untuk membuat bayaran pada link yang diberikan.
• Apabila tekan pada link yang diberikan,mangsa akan dibawa ke halaman yang menyerupai ‘FPX Transaction’ dan sebaik sahaja mangsa memasukkan username dan password, sistem pembayaran tersebut akan tergendala.
• Mangsa akan menerima mesej dari pihak bank terdapat pemindahan wang dari akaun pengadu ke akaun pihak ketiga (amaun yang lebih tinggi daripada caj Perkhidmatan tersebut).

Justeru, masyarakat diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan iklan yang mencurigakan terutamanya di internet.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …