SIDANG MEDIA PEMATUHAN SOP FASA PERALIHAN KE ENDEMIK DAN STATUS TERKINI COVID-19 DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

PULAU PINANG, 1 April 2022 – Satu sidang media oleh YB Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa berkenaan Pematuhan SOP Fasa Peralihan Ke Endemik dan Status Terkini COVID-19 di Pulau Pinang telah diadakan pada hari ini bertempat di Pasar Awam Chowrasta.

YB dalam sidang media tersebut menegaskan bahawa walaupun negara telah memasuki ke fasa peralihan endemik mulai 1 April 2022, semua warga haruslah bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan awam dan keselamatan kesihatan.

YB turut menyentuh tentang Agenda Hijau Pulau Pinang serta pelaksanaan Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index) dan Pasar Awam Chowrasta merupakan pasar pertama yang memenuhi kriteria Indeks Bangunan Hijau di Pulau Pinang.

YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang turut mengambil peluang menyeru kepada semua warga untuk meneruskan amalan terbaik setiap masa dalam menguruskan penjagaan diri bagi mengekang penularan COVID-19.

Turut hadir pada sidang media ini adalah Encik Tan Hun Beng, Pengerusi REHDA Penang serta wakil-wakil daripada agensi kerajaan.

Sumber : Laman FB MBPP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …