MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN MENGUMPUL BARANG ELEKTRIK & ELEKTRONIK TERPAKAI ISI RUMAH SEBERANG PERAI TAHUN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Pulau Pinang, 1 April 2022 – Satu Pertandingan Mengumpul Barang Elektrik & Elektronik Terpakai Isi Rumah Seberang Perai tahun 2022 telah dilancarkan pada 31 April 2022 di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya MBSP. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj Baderul Amin bin Abdul Hamid, Pemangku Setiausaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar Seberang Perai. Antara tetamu yang turut hadir ialah Ketua Whip Ahli Majlis MBSP iaitu Encik David Marshel a/l Pakianathan, Encik Muhamad Suzuki bin Ahmad serta Ahli-Ahli Majlis MBSP, Ketua Jabatan dan YBhg. Dato’ Philip Kang Chun Keong, Pengarah Urusan Cycle Trend Industries Sdn Bhd sebagai penaja.

Program mengumpul barangan ‘e-waste’ ini merupakan satu pertandingan yang melibatkan komuniti di Seberang Perai serta menggalakkan pusat kitar semula komuniti mengumpul barang elektrik & elektronik terpakai isi rumah. Pertandingan ini adalah salah satu cara untuk memastikan pelupusan barang ‘e-waste’ dilaksanakan secara lebih sistematik dan selamat.

Sehingga kini terdapat sebanyak 19 komuniti pusat kitar semula yang telah mendaftar bagi menyertai pertandingan ini dan MBSP menyeru pusat-pusat kitar semula yang lain dapat menyertai pertandingan ini memandangkan ianya akan berlangsung sehingga 30 Oktober 2022.

Sumber : Laman FB MBSP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …