LAWATAN SUK KE HULU PERAK

 

HULU PERAK, 30 DISEMBER 2019 –  YB Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Daerah Hulu Perak. Ini merupakan lawatan pertama ke daerah semenjak beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang baru dan Hulu Perak menjadi daerah pertama yang dikunjungi.

Dalam lawatan berkenaan YB Datuk Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah mengunjungi Galeri Arkeologi Lenggong, menghadiri sesi taklimat dan perbincangan dengan Jabatan Warisan Negara, lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong dan Pejabat Majlis Daerah Lenggong serta lawatan dan taklimat di Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Perak yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Hulu Perak. Beliau turut meluangkan masa untuk melakukan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu serta ke Kompleks ICQs Bukit Berapit dan sempat mengadakan tinjauan keselamatan di Sempadan Malaysia-Thailand.Turut mengiringi beliau  dalam lawatan  ini  adalah  Pengarah  MKN  Perak,  Tuan  Khairul  Ridzuan  bin  Hj.  Mat  Said.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …