BILANGAN PUSAT PENGUMPULAN E-WASTE DAN KEMUDAHAN PEMEROLEHAN KEMBALI DI MALAYSIA

“Dimanakah saya boleh hantar e-waste?”

Setakat 30 Mac 2022, sebanyak 195 buah Pusat Pengumpulan E-Waste yang berdaftar dan sebanyak 63 buah Kemudahan Pemerolehan Kembali yang dilesenkan di Malaysia.

Pusat Pengumpulan E-Waste ini berfungsi sebagai tempat penerimaan / pengumpulan e-waste dari orang awam sebelum ewaste tersebut dihantar ke kemudahan pemerolehan kembali yang telah dilesenkan. Ianya bertujuan untuk memudahkan orang awam untuk melupuskan e-waste yang dihasilkan.

Kemudahan Pemerolehan Kembali pula adalah kemudahan yang berperanan untuk mengekstrak logam berharga dari e-waste serta melupuskan sisa yang dihasilkan dari proses pemerolehan kembali ke fasiliti pelupusan yang berlesen dengan JAS.

Jom layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my atau muat turun aplikasi ‘MyEwaste’ untuk mengetahui senarai lokasi pusat pengumpulan dan kemudahan pemerolehan kembali berhampiran anda.

“E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara”

“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”

Sumber : FB Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …