LATIHAN  TEMPATAN SIRI 5/2022

KUALA LUMPUR, Baru-baru ini berlangsung Latihan Tempatan Siri 5/2022 bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah. Latihan ini dihadiri oleh 10 pegawai dan 26 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) sukarela.

Latihan pada hari ini menumpukan kepada pengenalan “OBUA Drill Exercise” (ODX) . Tujuan ODX dilaksanakan adalah untuk menerangkan langkah-langkah pengendalian senjata, langkah menghadapi simpang bangunan serta kaedah pembersihan bilik melibatkan pelbagai variasi tim dalam keadaan serta situasi berbeza.

Terlebih dahulu pegawai dan anggota sukarela diberikan pendedahan dan penerangan di bilik kuliah pasukan daripada Sjn Mohd Faizal bin Othman, jurulatih Batalion Kedua dan Sjn Muhammad Iqmal bin Aluwi, jurulatih Batalion Ketiga.

Di sebelah petang pula, Pegawai dan Anggota membuat latihan kering tentang kaedah perlaksanaan ODX dengan dipantau oleh jurulatih pasukan.

Sumber: FACEBOOK RASMI REJIMEN 515 ASKAR WATANIAH – WP KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …