DRON ASET PENTING PERTAHANAN SESEBUAH NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH (Domain Udara)

Konflik diantara negara Ukraine  dan Rusia yang telah berpanjangan lebih sebulan dan telah memperlihatkan tentang keupayaan sesebuah dron dalam membantu pasukan ketenteraan Ukraine dalam menentang pasukan tentera Rusia. Dron yang digunakan oleh pihak Ukraine buatan negara Turki, Bayraktar TB2 berkenaan telah berjaya memusnahkan banyak aset tentera Rusia. Dengan kos yang murah berbanding dengan dron negara maju, Bayraktar TB2 mampu menjadi dron pemusnah yang efektif. Berikutan kejayaan Bayraktar TB2 berkenaan, banyak penganalisis keselamatan negara barat memuji keupayaan dron berkenaan.

Negara Malaysia juga tidak ketinggalan dalam teknologi dron ini. Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Perkhidmatan Kebangsaan Keselamatan Asia (DSA-NATSEC) 2022 yang sedang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur memperlihatkan Syarikat Pembekal Aset Pertahanan Tempatan Negara iaitu DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) telah mempamerkan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) pertama Malaysia yang direka dan dibangunkan oleh syarikat tempatan.

Dron berkenaan jenis UAV risikan, pengawasan dan peninjauan (ISR) tersebut berupaya untuk beroperasi selama 10 jam dengan jarak 100 kilometer dan boleh menampung kapasiti muatan seberat 15 kilogram. Dron itu juga tersebut mampu melaksanakan operasi kompleks dan juga berkebolehan untuk mengakses kawasan yang sukar.

Sumber : Harian Metro dan AP News

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …