Transkrip Ucapan YAB Perdana Menteri Bersempena Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan Mei 2019

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Umat Islam pada hari ini telah memulakan ibadah puasa. Puasa adalah satu ibadah yang diwajibkan kepada umat islam selama 30 hari dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga. Puasa mencegah kita daripada melakukan sebarang yang dilarang dan yang tidak baik bagi diri kita.

Bulan puasa ini dijadikan sebagai bulan untuk melatih dan mengawal diri kita supaya berdisiplin daripada dipengaruhi oleh nafsu kita. Jika kita tidak berjaya melawan nafsu, maka sudah tentu kita akan menghadapi pelbagai masalah. Umpamanya, jika kita terlibat dengan rasuah meskipun kita mengetahui bahawa rasuah itu dilarang, tetapi kita tidak melawan nafsu apabila dihulur rasuah kepada kita. Dengan itu, kita akan menjadi manusia yang lemah dan tidak dapat mengawal diri dalam apa jua keadaan. Orang yang lemah tidak mungkin akan berjaya. Hanya orang yang kuat mengawal nafsu sahaja yang akan berjaya.

Bulan puasa ini bukan sahaja sebagai satu ibadat untuk mendapat pahala tetapi juga melatih diri supaya dapat menolak gesaan nafsu dengan berjaya. Jika kita mengikut nafsu yang tidak baik, kelak ianya akan memberikan keburukan bagi diri kita sendiri. Tetapi jika kita sebagai satu bangsa Malaysia yang kuat menolak nafsu, saya yakin negara kita ini akan dipercayai dan dihormati oleh seluruh dunia. Dengan kepercayaan yang diberi kepada kita, maka kita akan memperolehi lebih banyak peluang untuk melakukan segala-galanya. Maka dengan ini, kita akan lebih berjaya kerana orang yang berjaya menolak nafsu sahaja yang akan dipercayai oleh semua.

Jadi saya yakin, semua yang beragama islam akan memahami akan tujuan berpuasa iaitu bukan semata-mata untuk mendapat pahala tetapi akan menjadikan kita sebagai manusia yang baik dan boleh dipercayai.

Bagi yang bukan beragama islam juga, mereka tentu memahami akan sebab-sebab berpuasa kerana mereka juga mempunyai acara berpuasa yang berbeza daripada kita tetapi tujuannya adalah sama iaitu mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Saya bersyukur kerana kita masih sihat untuk melaksanakan ibadah berpuasa kerana latihan mengawal nafsu ini tidak terhenti pada mana-mana waktu. Ia menjadi satu latihan seumur hidup terhadap hasil yang baik bagi diri kita sebagai manusia yang boleh dipercayai. Itu la nikmat atau kelebihan yang dapat dinikmati pada bulan puasa ini.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama islam dan saya berharap agar kita dapat meneruskan ibadah puasa ini dengan penuh niat untuk mengawal diri bukan sahaja daripada lapar dan dahaga, tetapi juga daripada perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama kita dan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut