RAMAH MESRA BERSAMA PERSATUAN VETERAN

Pada 4 Disember 2019 telah berlangsung perjumpaan MKN Perak bersama Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Perak. Perjumpaan ini merupakan satu langkah inisiatif MKNΒ  dalam misi menyantuni warga veteran ATM yang bernaung di bawah beberapa persatuan dan kelab veteran ATM Perak manakala Jabatan Hal Ehwal Veteren (JHEV) Perak bertindak sebagai penaung utama. Semasa perjumpaan ini juga turut dilancarkan Kempen Tabung Pahlawan 2019 serta pengemaskinian maklumat ahli di dalam portal JHEV serta sesi suai kenal di kalangan warga veteran ATM yang hadir.

Sesi dialog turut diadakan sebagai platform permulaan untuk MKN Perak mendapatkan maklumat dan maklumbalas secara terus tentang permasalahan ataupun isu-isu yang melibatkan warga veteran ATM. Melalui perjumpaan ini MKN Perak berjaya mewujudkanΒ  jaringan kerjasama dengan warga ATM di samping turut berkongsi pengalaman yang dimiliki oleh mereka yang ternyata masih mempunyai kemahiran dalam ilmu risikan, infantri dan lain-lain yang amat berguna jika dikongsi bersama.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut