FASA ENDEMIK: NTF KOMITED MENGEKANG KEMASUKAN PATI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH (Pencerobohan dan Pembolosan Sempadan)

National Task Force (NTF) yang merupakan kolaborasi bersepadu 19 Agensi Kerajaan dengan misi memperkasa sempadan Negara dari kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan mengekang penularan COVID-19 akan terus komited menggalas tanggunjawab menjelang Fasa Endemik kelak. NTF dalam pada itu turut dilihat aktif dalam memberikan info-info terkini berkaitan PATI dan tangkapan-tangkapan berkaitan pencerobohan sempadan negara di Laman Facebook Rasmi miliknya bagi makluman rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazal memaklumkan kekuatan anggota sedia ada dikekalkan dengan menambah rondaan unit berkuda dalam usaha memperkukuhkan risikan di sempadan laut serta darat bagi mengekang sindiket penyeludupan PATI dalam skala besar ketika negara memasuki fasa endemik COVID-19. Menurut beliau, lapan unit berkuda masing-masing ditempatkan di Perlis dan Kelantan bagi memantapkan rondaan dan memperkasakan kawalan sempadan.

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …