TINJAUAN KESELAMATAN YAB MENTERI BESAR KEDAH KE SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA – THAILAND DI BUKIT KAYU HITAM

YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor pada 27 Mac yang lepas telah mengadakan lawatan kerja rasmi meninjau kawasan operasi sempadan terutamanya di pintu masuk antarabangsa iaitu Kompleks ICQ, Bukit Kayu Hitam.

Tinjauan tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab bertugas menjaga kedaulatan negara di persempadanan antaranya Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Isu-isu seperti jenayah rentas sempadan dan juga kesiapsiagaan agensi-agensi di sempadan bersempena dengan pembukaan sempadan antarabangsa pada 1 April ini antara perkara yang dibincangkan dalam sesi taklimat kepada YAB Menteri Besar yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Kedah.

Selaras dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 yang menggariskan Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah sebagai teras yang pertama, MKN Kedah komited dalam memastikan hasrat dan kesungguhan YAB Menteri Besar untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia amnya dan negeri Kedah khususnya dapat direalisasikan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …