MKN KEDAH ANJUR PROGRAM BICARA EKSEKUTIF KESELAMATAN NEGARA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Menjelang Ramadan yang bakal disambut oleh seluruh Muslim, MKN Kedah semalam menganjurkan Program Bicara Eksekutif Keselamatan Negara Menurut Perspektif Islam bertempat di Auditorium Wisma Persekutuan, Alor Setar.

Bersesuaian dengan tema Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu, ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’, seramai 80 orang peserta dari pelbagai agensi hadir menyertai program ini bagi memupuk kesedaran akan kepentingan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini bersama.

Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar, Pegawai Agama Daerah Kota Setar dan Ustaz Mohd Isa Haji Abd Rahman, Penolong Pegawai Dakwah dah Tarbiyah Kanan, JHEAIK telah dijemput bagi menyampaikan ceramah bertajuk ‘Keselamatan Negara Menurut Perspektif Islam’ dan ‘Ramadan; Nikmat Yang Dirindui’.

Menyentuh kepada lima prinsip Maqasid Syariah dalam elemen keselamatan, Ustaz Mohd Isa berkata, Islam sentiasa menitikberatkan elemen keselamatan dalam tadbir urus. Lima prinsip tersebut adalah kepentingan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan juga harta.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Encik Mohd Zawawi Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri Kedah.

FB: https://www.facebook.com/mknnegerikedah/

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut