PAMERAN PERKHIDMATAN PERTAHANAN ASIA (DSA) DAN PAMERAN KESELAMATAN KEBANGSAAN ASIA (NATSEC) 2022

YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN), MKN JPM bersama pegawai-pegawai kanan MKN telah berkesempatan melawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2022, bertempat di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini.

Dalam sesi lawatan tersebut, YBhg. Datuk KPKN telah melawat ketiga-tiga aras ruang pameran yang terletak di MITEC terutamanya kepada pameran yang menampilkan aspek-aspek pengawasan dan perisikan terkini.

Penganjuran DSA 2022 dan NATSEC 2022 yang bertemakan “Ke Arah Era Baru Pertahanan dan Keselamatan” ini secara tidak langsung akan menetapkan hala tuju pertahanan antarabangsa, terutamanya di saat negara melangkah ke era pasca pandemik.

Pameran dwi tahunan yang berlangsung selama empat (4) hari sehingga 31 Mac 2022 tersebut akan melibatkan 1,000 peserta pempamer dari 60 buah negara yang membawakan teknologi terbaik dan terkini era baru pertahanan serta keselamatan. Pameran keselamatan ini secara tidak langsung dilihat mampu menjadi salah satu platform penting bukan hanya kepada aspek ketenteraan malah ianya melangkaui kementerian serta agensi lain.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …