MEET AND GREET ‘KENAL SCAMMER, TAK KENA SCAM’ OLEH IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

BARAT DAYA, 28 Mac 2022 – Kilang B’Braun Bayan Baru telah menjadi tumpuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya untuk mengadakan Program Retreat Pencegahan Jenayah melalui Meet and Greet. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang modus operandi terkini kegiatan jenayah komersil.

Pekerja-pekerja kilang tersebut berpeluang bersoal jawab bersama BSJKD Barat Daya berkaitan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan apabila menerima panggilan telefon daripada scammer dan langkah-langkah yang boleh diambil supaya tidak menjadi mangsa scammer.

Pihak Polis juga berkesempatan untuk mengedarkan risalah-risalah berkaitan jenayah komersil agar semua pihak bersama-sama memainkan peranan dalam usaha memerangi jenayah khususnya jenayah siber.

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …