CERAMAH JENAYAH PENIPUAN DALAM TALIAN DI BARAT DAYA, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BARAT DAYA, 28 Mac 2022 – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Mutiara Perdana, Bayan Lepas dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Barat Daya telah mengadakan Program Family On Alert pada 26 Mac 2022. Dalam program ini, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya telah dijemput untuk memberi pendedahan kepada penduduk Pangsapuri Mutiara Perdana berkenaan jenayah komersil khususnya penipuan dalam talian yang kerap berlaku dikalangan masyarakat.

Selain daripada memberi tips pencegahan dan nasihat kepada orang awam, Polis Barat Daya juga mendengar dan menjawap setiap persoalan yang dikemukakan oleh penduduk serta mengedar risalah pencegahan jenayah Komersil agar masyarakat lebih memahami kes-kes berkaitan penipuan dalam talian.

Sumber

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …