ZAKAT FITRAH KELANTAN RM7

 

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan harga zakat fitrah negeri itu bagi tahun ini adalah sebanyak RM7.

Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, berkata, individu yang ingin membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan menurut harga beras dimakan adalah digalakkan.

Katanya, kadar Nisab Zakat Harta bagi Negeri Kelantan untuk tahun 1443 Hijrah (H)/2022 Masihi (M) pula adalah RM20,366 untuk haul antara Ramadan tahun 1443H hingga Ramadan tahun 1444H.

“Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan Kaunter Baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan atau menerusi pembayaran MAIK e-zakat di https://zakat.e-maik.my/.

“Selain itu, pembayaran juga boleh dilakukan melalui institusi perbankan yang dilantik oleh MAIK sebagai ejen kutipan zakat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

SUMBER : H METRO

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …