UNIT BERKUDA FRU DIMANTAPKAN BAGI KAWAL SEMPADAN

 

KOTA BHARU : Sebanyak 60 ekor kuda bakal memantapkan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terutama dalam mengawal kawasan sempadan negara selepas pintu antarabangsa dibuka pada 1 April ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, sebelum ini unit berkenaan mempunyai 40 ekor kuda, namun ia ditambah kepada jumlah keseluruhan 100 ekor selepas melihat keberkesanan Unit Berkuda dalam mengawal keselamatan setempat.

Menurutnya, kebenaran membawa masuk kuda berkenaan sudah diluluskan dan kesemua haiwan berkenaan kini ditempatkan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, sebelum diguna untuk tujuan rondaan di darat.

“Pihak keselamatan terutama Pasukan Gerakan Am (PGA) sentiasa bersiap sedia jika sempadan negara dibuka selain turut merangka penyelarasan baharu sebagai persediaan jika berlaku sesuatu tidak diingini.

“Selain itu, kita juga menggunakan inisiatif lain seperti penggunaan dron agar kawalan menyeluruh sama ada di darat, udara atau air dapat dilakukan,” katanya.

“Justeru, pihak keselamatan akan menjalankan pelbagai strategi dalam menangani isu berkenaan selain memperketatkan kawalan sempadan serta memberi fokus kepada kawasan ‘hotspot’ yang menjadi tumpuan penyeludup bagi kemasukan Pati.

 

 

SUMBER : H METRO

Artikel/Berita Terkini

PENYUSUAN SUSU IBU: KURANG SUSU ATAU KURANG ILMU?

Minggu Penyusuan Susu Ibu merupakan satu usaha penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu …

TIPS KESELAMATAN AKTIVITI MENYELAM

Sebelum turun ‘explore’ keindahan dasar laut, jom semak tips penting daripada Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Agensi Penguatkuasaan Maritim …

KENALI DAN LINDUNGI DARIPADA SINARAN ULTRA UNGU

Dalam keadaan cuaca yang lebih panas, kurang hujan dan langit yang lebih cerah, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika …