BANTUAN MA’RUF OKU CERIAKAN RAMADAN

 

PASIR MAS – Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sentiasa diberi perhatian khusus oleh Kerajaan Negeri Kelantan sehingga diwujudkan Dasar OKU Muqarrabun.
Bersempena Ramadan bakal menjelang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menyampaikan sumbangan Ma’ruf OKU kepada 32 penerima bagi Dewan Undangan Negara (DUN) Meranti.
Dato’ Mohd Nassuruddin yang juga Exco Kerajaan Negeri berharap sumbangan tersebut dapat menceriakan suasana sambutan Ramadan bagi sahabat OKU.
Beliau turut menyampaikan tazkirah untuk memugar semangat para sahabat OKU supaya terus cekal dan tabah menghadapi segala dugaan hidup.
“Ujian Allah hendaklah dihadapi dengan penuh kesabaran kerana Allah sentiasa menolong orang yang bergantung kepada-Nya,” pesannya ketika sesi tazkirah sebelum majlis penyampaian sumbangan di Masjid Ar-Ridhuan Kampung Meranti, semalam.

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …