KUALITI TABIKA PERPADUAN SENTIASA DITAMBAH BAIK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Akses Pendidikan Kepada Semua)

Kualiti pendidikan di Tabika Perpaduan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap kanak-kanak pelbagai kaum dan latar belakang menerima pelajaran sewajarnya.

Menteri Perpaduan Datuk Halimah Mohamed Sadique memaklumkan pihaknya tidak pernah lepas tangan berhubung aspek kualiti pendidikan buat kanak-kanak empat hingga enam tahun yang memilih untuk belajar di Tabika Perpaduan. Beliau berkata demikian ketika Sidang Media selepas Majlis Penyampaian Geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia pada 27 Mac 2022 di Butterworth.

Katanya, setiap silibus yang diperkenal adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tambahan pula, pada ketika ini di Tabika Perpaduan mempunyai Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang tersusun, dan penerbitan buku teks sendiri hasil kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …