GOLONGAN LELAKI DIAJAK SERTAI SKUAD WAJA

 

KOTA BHARU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengalu-alukan golongan lelaki untuk menyertai Skuad Waja dalam usaha membendung isu keganasan terhadap wanita.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, penyertaan golongan lelaki dilihat sesuatu yang positif dalam usaha memperkasakan skuad berkenaan.

“Skuad Waja yang ditubuhkan oleh KPWKM untuk semua dan tidak terhad kepada golongan wanita semata-mata. Jadi kita amat alu-alukan penglibatan seramai mungkin untuk menyertai skuad ini,” katanya selepas merasmikan Program Semarak Skuad Waja Negeri Kelantan 2022 di AEON Mall di sini pada Sabtu.

Menurutnya, terbaharu KPWKM menyasarkan seramai 1 juta orang untuk menyertai skuad berkenaan dan sehingga kini lebih 100,000 telah menjadi ahli Skuad Waja di seluruh negara.

Beliau berkata, jumlah tersebut mampu dicapai hasil menerusi pelbagai program yang akan dirangka selepas ini.

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …