PGA PERKETAT KAWALAN SEMPADAN NEGARA MENJELANG 1 APRIL

 

RANTAU PANJANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan memberi jaminan akan mengawal ketat sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi memastikan ia tidak dicerobohi walaupun kerajaan memutuskan hanya dua pintu masuk iaitu Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Wang Kelian (Perlis) akan dibuka bermula 1 April ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, langkah itu bagi memastikan aktiviti jenayah rentas sempadan berkait penyeludupan termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat dikekang sebaik mungkin.

Menurutnya, selain rondaan berkala seperti berjalan kaki, menggunakan motosikal dan kenderaan pacuan empat roda, pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di bawah tanggungjawab PGA akan turut perhebatkan lagi.

 

Batalion 7 PGA Kuantan memberi jaminan akan mengawal ketat sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Azhari berkata, laluan-laluan ‘panas’ yang sering digunakan oleh ‘tentera semut’ untuk memunggah barangan seludup dan juga PATI juga telah dikenal pasti.

“Kita turut menggunakan dron untuk memantau pergerakan ‘tentera semut’ melalui udara sekali gus memudahkan serbuan dilakukan.

“Pada masa sama, kami akan berpadu tenaga dengan agensi penguat kuasa lain untuk memastikan sempadan negara berada pada tahap terbaik,” katanya.

 

 

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …