PERJUMPAAN PENGUSAHA-PENGUSAHA KILANG BERSAMA KETUA POLIS DAERAH BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BARAT DAYA, 25 Mac 2022 – Perjumpaan pengusaha-pengusaha kilang bersama Ketua Polis Daerah Barat Daya telah diadakan pada 24 Mac 2022 di Bilik Mesyuarat Balai Polis Bayan Lepas. Perjumpaan ini dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. Kamarul Rizal Bin Jenal bersama Ketua-ketua Bahagian IPD Barat Daya.

Perjumpaan ini diadakan sebagai salah satu usaha Pihak Polis untuk memberi pendedahan berkenaan modus operandi dan tips pencegahan ‘Jenayah Siber’ serta kegiatan ‘Mat Rempit’ di kalangan pekerja-pekerja kilang.

Selain itu, pihak pengusaha kilang juga diberi peluang untuk mengutarakan sebarang cadangan dan maklumat berkaitan aktiviti jenayah bagi bersama-sama mencegah jenayah di kawasan kilang. Pihak pengusaha kilang juga diminta supaya menyampaikan segala pendedahan yang diberi pada perjumpaan ini kepada semua pekerja.

 

Sumber:

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …